KUCHING: Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, di hadapan empat hakim di empat Mahkamah Sesyen berasingan di sini.
Tiga pertuduhan pecah amanah dan empat pertuduhan pengubahan wang haram dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon dan masing-masing sembilan pertuduhan pengubahan wang haram di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman, Hakim Musli Ab Hamid dan Hakim Saiful Bahari Adzmi.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Mohd Zairull Arzuan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
Tertuduh didakwa melakukan transaksi mencurigakan bermula pada tahun 2020 sehingga 2022 dengan jumlah keseluruhan RM4.7 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Sementara itu, bagi pertuduhan pecah amanah melibatkan gaji pekerja JKM Sarawak pula, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan melibatkan RM10.2 juta itu dilakukan pada 2019 sehingga 2021.
Mahkamah membenarkan Mohd Zairull Arzuan diikat jamin RM285,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Mohd Zairull Arzuan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, di hadapan empat hakim di empat Mahkamah Sesyen berasingan. - Gambar Bernama
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat
Jumlah mangsa itu membabitkan 268 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.
Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang
Hazreel memerlukan bantuan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan dan kain balutan.